Ikhwah = jama' dari akhun | : | Saudara-saudara |
Imtihan | : | Masalah pembahagian harta pusaka yang ahli warisnya terdiri daripada 4 orang isteri, 5 orang nenek, 7 orang anak perempuan dan 9 orang saudara lelaki seibu sebapa dengan bapa. |
Inzal | : | Menurunkan. |
Iqrar | : | Pengakuan. |
Ishmah | : | Pemeliharaan. |
Isyriniyah (Zaid) | : | Masalah pembahagian harta pusaka yang ahli warisnya terdiri daripada datuk, saudari kandung dan 2 orang saudari sebapa. |
Istimbath | : | Menarik/mengambil suatu hukum dari dalil-dalil nash. |
Istishhabul-hal | : | Menganggap sesuatu hukum perkara yang telah tetap hukumnya di waktu yang lampau terus berjalan di waktu berikutnya (sekarang). |
Jahalah | : | Ketidaktahuan sifat sesuatu objek dalam sesuatu akad. |
Jahiliyyah | : | Zaman sebelum kedatangan Islam. |
Judi | : | Segala aktiviti yang melibatkan pertaruhan, iaitu pihak yang menang akan mengambil semua pertaruhan dan pihak yang kalah akan kehilangan pertaruhannya. |
Juz'I | : | Cabang, komponen, pecahan atau bahagian. |
Jadd | : | Datuk. shahih = datuk yang dipertalikan nasabnya dengan si mati tanpa diperantarai oleh seorang perempuan seperti bapa kepada bapa dan bapa kepada bapa kepada bapa sampai berapa jauh mendakinya. Mereka termasuk ahli waris 'asabah. fasid = ghair shahih = mereka yang dipertalikan nasabnya dengan si mati melalui orang perempuan, seperti bapa kepada ibu dan bapa kepada ibu kepada bapa (abu-ummi- abin). |
Jaddah | : | Nenek. shahihah = ibu salah seorang kedua orang tua atau ibu datuk shahih betapa tinggi mendakinya, seperti ibu kepada bapa dan ibu kepada bapa kepada bapa (ummu-abi-abin). fasidah = ghairu-shahihah = nenek yang dipertalikan nasabnya dengan si mati ghairu-shahih, seperti ibu kepada ayah kepada ibu (ummu-abi-ummin) atau nenek yang dipertalikan nasabnya dengan si mati bukan melalui 'ashabah atau ashabul furud. Nenek ghairu-shahihah termasuk zawil arham. |
Jama' | : | Banyak. Jama'ah = sekumpulan orang minima 3 orang. |
Jihat | : | Jurusan. ubuwah = jurusan kebapaan (lketurunan pihak bapa). ukhuwwah = jurusan kesaudaraan (pihak saudara). 'umumah = jurusan bapa saudara (pihak bapa saudara). bunuwwah = jurusan keanakkan (pihak keturunan si mati). wala' = jurusan perwalian budak. |
Jumhuru | : | Kebanyakkan. fuqaha' = kebanyakkan dari para Ahli fiqhi. muhadditsin = kebanyakkan dari para ahli Hadits. ulama = kebanyakkan dari para ulama |
Juzu | : | Bahagian. mayyir = keturunan si mati. saham = hasil perbandingan antara adadur-ruus dengan saham. saham-musytarak = juz saham yang merangkumi dua atau lebih perbandingan adadur-ruus dengan saham. |
Khiyanah | : | Pembelotan dan penipuan dalam menyatakan kadar sebenar modal yang telah digunakan di dalam membeli barangan atau aktiviti-aktiviti lain yang membawa maksud seumpama dengannya. |
Khiyar | : | Hak pihak berakad sama ada ingin meneruskan akad atau membatalkannya berdasarkan sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak. |
Khilabah | : | Bentuk tipu daya dengan perbuatan atau perkataan yang dilakukan oleh salah seorang daripada pihak yang berakad dengan tujuan menarik minat pihak yang satu lagi untuk melakukan akad. |
Kontrak | : | 'aqd. |
Kafarat | : | Tebusan |
Kalalah | : | Orang yang tidak mempunyai anak dan orang tua. |
Karramullahu wajhah | : | Semoga Allah memuliakan namanya. |
Kasr (jama'nya kusur) | : | Angka pecahan |
Khall | : | Saudara lelaki sebelah ibu. Khallah = saudara perempuan sebelah ibu. |
Kharqa' | : | Masalah pembahagian harta pusaka yang ahli warisnya terdiri daripada ibu, saudari sekandung atau sebapa dan datuk shahih. |
Khiyar | : | Pilihan, hak atau kebebasan untuk memilih. |
Khulafaur-rasyidin | : | Sebutan untuk 4 orang khalifah yang bijak, iaitu Abu Bakar as-Siddiq, 'Umar bin al-Khatthab, 'Ali bin Abi Thalib dan 'Uthman bin 'Affan. |
Khunsa | : | Orang yg mempunyai dua alat kelamin. |
Kitab (al-) | : | Al-Qur'an |
Khuniyah | : | Nama samaran berkecenderungani memuji. |
La dharara wa la dhirara | : | Tidak ada kemudaratan dan tidak memudaratkan. |
Lafaz | : | Kota. |
Laqab | : | Nama jolokan yang berkecenderungan sinis (penghinaan) |
Li'an | : | Saling melaknati satu sama lain. Anak Li'an= anak yang diputuskan oleh hakim bukan anak si suami, akibat suami mengingkarinya di muka hakim dengan bersedia menerima laknat dari Tuhan apabila bantahan isteri terhadap tuduhannya, bahwa anak yang dikandung/dilahirkan oleh isterinya itu adalah anak orang lain, bukan anak dengan dia, adalah bohong. |
Mafsadah | : | Kerosakan, kebinasaan, kehancuran. |
Maysir | : | Judi. |
Mal | : | Harta dan aset. |
Manhaj | : | Metodologi, pendekatan,teknik, cara dan kaedah |
Manqul | : | Harta alih. |
Maqasid Syar'iyyah | : | Objektif yang ingin dicapai oleh syarak ketika menetapkan sesuatu hukum yang bertujuan menjaga maslahat manusia. |
Marhun | : | Barang yang digadai contohnya barang kemas yang dicagarkan bagi mendapat hutang. |
Marhun Bih | : | Hutang; jumlah wang yang diterima oleh al-rahin daripada al-murtahin sebagai hutang yang wajib dibayar balik. |
Masrufat | : | Pengeluaran atau pembiayaan. |
Maslahah | : | Sesuatu yang berfaedah yang dilakukan untuk kepentingan umum iaitu memutuskan sesuatu hukum berasaskan kepentingan umum pada perkara yang tidak terdapat nas daripada al-Quran dan al-Sunnah secara jelas. |
Mawruth | : | Harta benda atau hak-hak yang ditinggalkan oleh pewaris yang akan diwarisi oleh waris-warisnya. |
Mazhab | : | Pendapat atau aliran yang berkaitan dengan pemahaman ajaran agama Islam dalam bidang hukum atau fiqh. |
Milk Ghayr al-Tam/ al-Naqis | : | Hak milik tidak sempurna. |
Mirath | : | Kaedah-kaedah daripada fiqh dan ilmu hisab yang dapat mengetahui orang-orang yang berhak mendapat harta pusaka dan bahagian setiap waris berhak. |
Mizan | : | Neraca atau timbangan untuk menentukan berat atau nilaian sesuatu perkara. |
Mu'allaf | : | Orang yang baru memeluk agama Islam yang dikenali sebagai saudara muslim. Sebelum ini dikenali sebagai saudara baru atau saudara kita. |
Mu'amalah | : | Segala perkara yang tergolong atau berkaitan dengan bidang kemasyarakatan. |
Mudarat | : | Hal-hal yang melibatkan kesusahan, kesengsaraan, kerugian, kepayahan, kesulitan dan seumpamanya. |
Muflis | : | Orang yang tidak berupaya membayar hutang atau bankrap. |
Mukallaf | : | Orang Islam yang sudah aqil baligh (dewasa) yang menerima tanggungjawab penuh terhadap suruhan dan larangan agama. |
Mumattil | : | Orang yang enggan membayar atau sengaja menangguh-nangguhkan hutangnya yang telah matang sedangkan ia berkemampuan untuk melangsaikannya. |
Munakahah | : | Perkahwinan atau perbincangan hukum-hakam berkaitan perkahwinan dan rumah tangga. |
Muqasah | : | Pemotongan pembayaran jumlah hutang atau lainnya |
Murtahin | : | Orang yang memberi hutang/orang yang menerima gadaian. |
Muwarrith | : | Orang yang mewariskan harta pusaka atau si mati. |
Mafqud | : | Orang yang ghaib yang tidak diketahui khabar beritanya, hidup atau matinya dan dimana tempat tinggalnya. |
Tis'iniyah Zaid | : | Masalah pembahagian harta pusaka yang ahli warisnya terdiri daripada ibu, datuk shahih, saudari kandung, 2 orang saudara sebapa dan saudari sebapa. |
Turats | : | Harta peninggalan. |
Mahar | : | Maskahwin mitsil = mas kahwin yang besarnya sepadan dengan maskahwin yang diterima oleh ibu isteri dan keluarganya. musamma = maskahwin yang besarnya disebutkan di waktu akad nikah. |
Mahrum (mamnu') | : | Terlarang/diharamkan mempusakai lantaran terdapat salah satu dari larangan (mani') mempusakai, seperti kerana membunuh atau kerana perbezaan agama. |
Makmuniyah | : | Masalah pembahagian harta pusaka yang ahli warisnya terdiri daripada kedua ibu bapa dan 2 orang anak perempuan, kemudian sebelum harta peninggalan itu dibahagi-bahagikan, salah seorang dari anak perempuan itu meninggal dunia. |
Malikiyah | : | Masalah pembahagian harta pusaka yang ahli warisnya terdiri daripada suami, ibu, datuk shahih, saudara-saudara seibu dan saudara-saudara sebapa. Syibhu = masalah pembahagian harta pusaka yang ahli warisnya terdiri daripada suami, ibu, datuk shahih, saudara-saudara seibu dan saudara-saudara sekandung. 'Aqrab tahta thawiyah (Malikiyah) = pembahagian harta pusaka yang ahli warisnya tediri daripada suami, ibu, saudari seibu dan 'Ashib yang disandang oleh saudari seibu atas adanya suatu bukti. |
Mani'u (jama'nya mawani'u) | : | Penghalang mempusakai seperti perbudakkan, pembunuhan dan perbezaan agama. |
Mauruts | : | Tirkah = Harta benda atau hak-hak yang ditinggalkan oleh pewaris yang akan diwarisi oleh waris-warisnya. |
Maqam (jama'nya maqamat) | : | Penyebut suatu pecahan |
Minbariyah | : | Masalah pembahagian harta pusaka yang ahli warisnya terdiri daripada isteri, ibu, ayah dan 2 orang anak perempuan. |
Mirats | : | Harta pusaka. Ilmu = ilmu Faraid. taqdiri = pembahagian harta pusaka dengan jalan perkiraan seperti membahagikan harta pusaka kepada anak dalam kandungan, khunsa dan lain sebagainya. |
Mu'addah | : | Pembahagian harta pusaka yang ahli warisnya terdiri daripada datuk, saudara kandung, dan saudara sebapa. |
Muakhkhah | : | Perjanjian persaudaraan. |
Mu'ashahib | : | Ahli waris yang menarik ahli waris lain menjadi 'asabah. |
Mubahalah | : | Masalah pembahagian harta pusaka yang ahli warisnya terdiri daripada suami, ibu dan saudari kandung atau sebapa. |
Mubasyarah | : | Langsung. |
Mudla-bih | : | Orang yang terdekat yang diperlukan oleh ahli waris (dzawil-arham) untuk mempertalikan nasabnya dengan si mati. |
Mudli | : | Ahli waris dzawil arham yang memerlukan untuk dipertalikan nasabnya dengan si mati. |
Mufassirin | : | Para ulama yang mempunyai keahlian untuk mentafsir al-Qur'an. |
Muhadditsin | : | Para ulama ahli hadits |
Muhajirin | : | Orang-orang Mekah yang pada Hijrah ke Madinah. |
Muhafalah | : | Perjanjian sumpah setia. |
Mujmal | : | Tidak terperinci. |
Mujtahid | : | Orang-orang ahli ijtihad. |
Mukatab | : | Perjanjian antara tuan pemilik budak dengan budaknya untuk dibebaskan dengan kesediaan dari budak untuk mengansur wang sebagaimana dijanjikannya. |
Mukhtasharah | : | Pembahagian harta pusaka yang ahli warisnya terdiri daripada ibu, datuk shahih, saudara sebapa dan saudari sebapa. |
Mu'tiq | : | Tuan yang bebaskan budak. |
Mula'anah | : | Saling laknat-melaknat di muka hakim antara suami dan isteri untuk membebaskan diri dari tuduhan berbuat zina. Ibnu = anak li'an. |
Munasakhat | : | Pemindahan bahagian seorang ahli waris kepada ahli waris yang lain, kerana kematian ahli waris yang pertama sebelum pembahagian harta pusaka dilaksanakan. |
Munfaridah | : | Saudari-saudari yang tidak bersama-sama dengan saudara-saudaranya (mu'ashshib bil-ghair) atau anak perempuan (mu'ashshib ma'al-ghair). |
Muqabalah | : | Perbandingan. |
Muqaran/ah | : | Perbandingan |
Muqarru-lahu | : | Orang yang didakukan nasab. 'alaih = kepada siapa orang yang didakukan nasab. |
Muqasamah | : | Membahagi sama rata antara datuk dan sudara-saudara yang kebetulan mereka bersama-sama sebagai ahli waris. |
Muqirr | : | Orang yang mendakukan nasab. |
Mursal (hadits -) | : | Hadits yang sanad akhirnya (shahabat) digugurkan (tidak disebutkan). |
Murtad | : | Orang yang berpindah atau meninggalkan agama yang dipeluknya, kepada agama lain. |
Musyarrakah = musytarakah | : | Masalah pembahagian harta pusaka yang di antara para ahli warisnya terdapat saudara atau saudara dan saudari kandung dan saudara-saudara atau saudari-saudari seibu. Saudara dan saudari kandung tersebut tidak dapat menerima pusaka, kerana harta peninggalan telah dihabiskan oleh ashabul-furud, yang termasuk didalamnya saudara/saudari seibu, jika mereka tidak menggabungkan diri dengan saudara/saudari seibu dalam menerima 1/3 peninggalan. |
Musta'min | : | Orang bukan Islam yang menetap di Negara Islam hanya untuk sementara waktu. |
Mutawaffa | : | Orang yang wafat. |
Mutawatir/ah (hadits -) | : | Hadits yang diberitakan oleh sejumlah besar para perawi yang tidak mungkin mereka mengadakan persepakatan untuk berbuat bohong dalam pemberitaan itu. |
Muttashil | : | Bersambung, bertemu. Hadits = hadits yang tiap perawinya saling dapat bertemu muka dalam menerima dan memberikan hadits. |
Muwarrits | : | Orang yang mewariskan harta peninggalannya. |
Nisab | : | Kadar minimum untuk nilai, sukatan, timbangan atau bilangan bagi beberapa kategori harta benda yang wajib dikenakan zakat. |
Nadzar | : | Janji untuk melakukan suatu perbuatan (yang mudah) bila usahanya berjaya. |
Nasab | : | Keturunan. |
Nasakh | : | Membatalkan. |
Nasikh | : | Yang membatalkan. |
Nisf/u | : | Separuh. |
Nishfiyatain | : | Masalah pembahagian pusaka yang ahli warisnya terdiri daripada suami dan saudari kandung. |
Opsyen | : | Hak untuk membeli atau menjual sejumlah asset pendasar seperti sekuriti dan sebagainya pada harga tertentu dalam tempoh tertentu, atau pada tarikh tertentu. |
Qabilah | : | Suatu kaum. |
Qanun | : | Undang-undang. Mawarits = Kitab Undang-Undang Hukum Warisan. washiyah = Kitab Undang-undang Hukum Washiyat. |
Qath'u | : | Pasti. Qath'iy = secara pasti. |
Qatlu | : | Pembunuhan. 'amdi = pembunuhan dengan sengaja. syibhul-'amdi = pembunuhan semi sengaja. khatna'i = pembunuhan kerana silap. khatna'i fil maqsud = pembunuhan silap tujuan. khatna'i fil-fi'li = pembunuhan silap tindakan. al-jarymajral-khatha'i = pembunuhan yang dianggap silap. |
Qaul | : | Pendapat. jaded = fatwa-fatwa Imam Syafie ketika beliau pindah ke Mesir. qadim = fatwa-fatwa beliau ketika berada di Baghdad. |
Qiyas | : | Analogi. aula = analogi yang hasil dari analogi itu melebihi daripada sesuatu tempat menganalogikan. |
Qirash | : | Bacaan al-Qur'an. |
Qulub (jama' dari qalbun) | : | Hati-hati. |
Ada' | : | Melaksana. |
Ada' al-Dayn | : | Melunaskan hutang. |
Ahkam al-Mal | : | Hukum-hukum berkaitan harta. |
Ahl al-kitab | : | Golongan yang berpegang kepada kitab Taurat dan Injil. |
Ahliyyah al-Ada' | : | Kelayakan atau kapasiti melaksanakan akad atau kontrak. |
Ahliyyah al-Ada' al-Kamilah | : | Kelayakan melaksanakan akad atau kontrak dengan sempurna. |
Ahliyyah al-Ada' al-Naqisah | : | Kelayakan melaksanakan akad atau kontrak tetapi tidak sempurna. |
Ahliyyah al-Wujub | : | Kelayakan menerima hak dan tanggungan. |
Ahliyyah al-Wujub al-Kamilah | : | Kelayakan menerima hak dan tanggungan dengan sempurna. |
Ahliyyah al-wujub al-Naqisah | : | Kelayakan menerima hak dan tanggungan tetapi tidak sempurna. |
Amanah | : | Jujur, setia dan boleh dipercayai. |
Amin al-Sunduq | : | Pemegang amanah atau dana amanah. |
Amwal | : | Harta benda atau sesuatu yang berharga yang dapat dimiliki dan boleh diambil manfaat daripadanya |
Amwal al- 'Ammah | : | Harta awam. |
Aset | : | Wang tunai dan harta benda seperti tanah, bangunan dan lain-lain yang dimiliki seseorang, syarikat atau pertubuhan dan lain-lain. |
Ashab al-Furud | : | Waris-waris yang telah ditetapkan bahagian mereka dalam pembahagian harta pusaka pusaka menurut al-Quran, al-Sunnah dan Ijmak. |
Ashum 'Adiyah | : | Saham biasa iaitu saham tanpa hak istimewa. |
Aswaq Kharijiyyah/Aswaq al-Sarf al-Kharij | : | Pasaran penjualan mata wang asing. |
Awraq Maliyyah | : | Sijil saham. |
Azmah Iqtisadiyyah | : | Krisis ekonomi. |
Amil | : | Pengurus atau pekerja yang memungut zakat |
'Aqd | : | Kontrak. Pertalian ijab dan qabul dalam suatu perjanjian. Keterikatan ijab dan qabul yang menghasilkan kesan/ implikasi pada subjeknya. |
'Aqd Fasid | : | Kontrak yang terdapat kecacatan pada syaratnya. |
'Aqd Ghayru Sahih/ ?Aqd al-batil | : | Kontrak yang tidak sah dan tidak memenuhi rukun dan syarat-syaratnya. |
'Aqd al-Sahih | : | Kontrak yang sah, memenuhi rukun dan syarat- syarat yang menepati prinsip syariah. |
'Aqar | : | Harta tak alih. Sesuatu harta yang tidak boleh dipindahkan ke tempat lain seperti bangunan, rumah dan tanah. |
'Aqd al-Tawthiqi | : | Kontrak jaminan. Akad secara bertulis oleh dua pihak berakad sebagai bukti urusan akad. |
'Asabah | : | Waris lelaki yang berhak ke atas baki dari harta pusaka. Kedudukan mereka dalam Undang-undang Islam adalah selepas waris 'ashab al-furud. |
'Asabah bi al-Nafs | : | 'Asabah dengan dirinya sendiri. Waris-waris yang termasuk di dalam kategori ini ialah semuanya terdiri daripada lelaki yang tidak diselangi oleh perempuan. Mereka terdiri daripada 12 orang iaitu anak lelaki, anak lelaki kepada anak lelaki (cucu) dan seterusnya ke bawah, bapa, bapa kepada bapa (datuk) dan seterusnya ke atas, saudara lelaki seibu sebapa, saudara lelaki sebapa, anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa, anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa, bapa saudara (sebelah bapa) seibu sebapa, bapa saudara (sebelah bapa) seibu sebapa, bapa saudara (sebelah bapa) sebapa, anak lelaki kepada bapa saudara (sebelah bapa) seibu sebapa dan anak lelaki kepada bapa saudara (sebelah bapa) sebapa. |
'Asabah bi al-ghayr | : | 'Asabah oleh orang lain. Waris-waris 'asabah ini semuanya terdiri daripada waris 'ashab al-furud perempuan yang telah ditetapkan fardhunya. Mereka akan menerima 'asabah ketika mewarisi harta bersama-sama dengan waris-waris lelaki ('asabah bi al-nafs) yang sedarjat atau setaraf dengan mereka. |
'Asabah ma'a al-ghayr | : | 'Asabah bersama dengan yang lain. Ia bermaksud waris perempuan yang menerima 'asabah dengan sebab berkumpul bersama-sama dengan waris perempuan yang lain. Waris-waris yang terlibat dalam bentuk 'asabah ini hanya dua orang iaitu saudara perempuan seibu sebapa dan saudara perempuan sebapa. Mereka akan menerima 'asabah apabila mewarisi bersama- sama dengan anak perempuan (seorang atau lebih) atau anak perempuan kepada anak lelaki (seorang atau lebih) atau bersama dengan kedua-duanya sekali. |
'Asabah Nasabiyyah | : | Harta yang diwarisi melalui keturunan atau waris si mati. 'Asabah Nasabiyyah terbahagi kepada tiga bahagian: i) 'asabah bi alnafs. ii) 'asabah bil al-ghair. iii) 'asabah ma'a al-ghair |
'Asabah Sababiyyah | : | Harta yang diwarisi dengan cara memerdekakan hamba; seperti pemilik hamba akan mewarisi harta si mati (hamba yang telah dimerdekakannya) sekiranya si mati tidak mempunyai waris. |
'Aul | : | Pertambahan pada saham-saham waris fardhu dan berlaku pengurangan pada kadar habuan mereka dalam pusaka mengikut nisbah pertambahan itu. Dengan kata lain, berlakunya pertambahan atau peningkatan jumlah saham yang diterima oleh waris dan berkurangnya nilai harta sebenar |
'Aqd al-Mudaf | : | Kontrak masa depan. |
'Aqd al-Munjiz | : | Kontrak yang berkuatkuasa segera |
'Aqd al-Musamma | : | Kontrak yang bernama. |
'Aqd al-Ta'ati | : | Kontrak tunjuk terima seperti pembeli mengambil barang dan membayar harganya kepada penjual atau penjual menyerahkan barang kemudian pembeli membayarnya tanpa ada isyarat dan ungkapan. |
'Aqd al-Tawarruq | : | Kontrak tawarruq. |
'Aqd al-Tamlik | : | Kontrak pemilikan. |
'Aqid | : | Pihak yang berakad dalam urusniaga sama ada pihak berakad asal atau wakil. |
'Ard | : | Barang. |
'Ariyah | : | Pinjaman. |
'Awarid al-Ahliyyah | : | Halangan kelayakan. |
'Awarid Muktasabah | : | Halangan yang mendatang seperti jahil, mabuk dan bodoh atau dungu dan seumpamanya. |
'Awaridh Samawiyyah | : | Halangan yang ditetapkan Allah seperti gila, lupa, sakit, mati dan sebagainya. |
Abnau | : | Anak-anak lelaki. |
Abu/n | : | Ayah. abin = ayahnya ayah; datuk lelaki pihak ayah.abi-abin = ayah dari ayahnya ayah.ummin = ayahnya ibu; datuk sebelah ibu.ummi-ummin = ayah dari ibunya ibu. li-abin = sebapa, li-abawain = seibu sebapa |
Adadu/n | : | Bilangan. r-ruus = bilangan (jumlah) kepala. |
Adilah (masalah - ) | : | Pembahagian harta pusaka di mana jumlah saham-saham para ahli waris sama besarnya dengan asal masalah. |
Ahad (hadits -) | : | Hadits yang diriwayatkan oleh perawi-perawi yang tidak sampai mencapai darjat mutawatir. |
Ahli | : | Keluarga. Qarabah = membahagikan pusaka kepada dzawil-arham yang terdekat hubungan kekeluargaannya dengan si mati sebagaimana halnya membahagikan pusaka kepada ahli waris 'asabah. r-ahim = membahagikan pusaka kepada dzawil-arham dengan menganggap mereka itu adalah sama-sama keluarga, tidak dibezakan antara yang dekat dengan yang jauh, antara lelaki dan perempuan; mereka mendapat bahagian sama rata. t-tanzil = membahagikan pusaka kepada dzawil-arham dengan menempatkan mereka ke tempat orang yang mempertalikan nasab mereka dengan si mati. waris = keluarga yang berhak menerima warisan. s-siham = ashabul-furud = zawil-furud |
Ahwalus-syakhshiyah | : | Hal-hal yang berhubung dengan hukum keluarga |
Ailah (masalah - ) | : | Pembahagian harta pusaka di mana jumlah saham-saham para ahli waris lebih besar daripada asal masalah, sehingga asal masalah harus dinaikkan menjadi sebesar jumlah saham-saham itu. |
Ayatu ( - shaif) | : | Ayat al-Qur'an yang diturunkan di waktu musim kemarau. |
Akdariyah (masalah - ) | : | Suatu masalah pembahagian harta pusaka yang ahli warisnya terdiri daripada suami, ibu, saudari kandung/sebapa dan datuk shahih. |
Gemulah | : | Almarhum (orang yg telah meninggal), arwah. |
TESTS | : | Testsevd |
Urfe | : | Kebiasaan yang diamalkan oleh sebahagian besar sesuatu masyarakat sama ada dalam bentuk percakapan atau perbuatan. Ia merupakan adat jama'iyyah (amalan kebiasaan yang diterima pakai secara kolektif) dan boleh diterima pakai sebagai asas hukum selama ia tidak bercanggah dengan syarak. |
Ukhtun (jama'nya akhawat) | : | Saudara perempuan. |
Ummu/n | : | Ibu. aramil = sab'ata 'asyariyah = dinariyah sughra. banat = masalah pembahagian harta yang ahli warisnya terdiri daripada 3 orang isteri, 4 orang saudari seibu dan 8 orang saudari sekandung/sebapa. furud = furukh = syuraihiyah. |
Ushul | : | Asal, pokok. ul-mayyit =keturunan si mati. |
Ushubah | : | Sisa. |
Wadi'ah | : | Harta yang diberikan oleh satu pihak pada pihak lain untuk dijaga dan dipulangkan apabila diminta. Sekiranya harta tersebut hilang atau rosak tanpa kesilapan dan kecuaian, maka penjaga tidak bertanggungjawab untuk membayar gantirugi. Contohnya, barangan yang disimpan di kaunter simpanan barang di pasar raya tanpa dikenakan caj. |
Wadi'ah Yad al-Amanah | : | Simpanan yang diberikan kepada mana-mana pihak dan penjaga tersebut hanya menjaga sahaja tidak dibenarkan menggunakannya. |
Wadi'ah Yad al-Damanah | : | Simpanan dengan jaminan di mana pihak yang memegang amanah boleh menggunakan wang tersebut dengan jaminan bahawa penyimpan akan mendapat kembali wang yang disimpannya. Penyimpan tidak berhak kepada sebarang perkongsian keuntungan tetapi pemegang amanah boleh memberikan pulangan kepada penyimpan sebagai penghargaan. |
Wakaf | : | Sesuatu pemberian atau sumbangan ikhlas harta yang dimiliki untuk kepentingan dan kesejahteraan umum yang dibenarkan oleh syarak. |
Wakalah | : | Memberi mandat kepada satu pihak yang lain dalam perkara yang boleh diwakilkan untuk melaksanakan dan menjalankan transaksi bagi pihaknya. |
Wali | : | Orang yang diberi kuasa untuk menguruskan anak yatim dan hartanya sehinggalah ia dewasa. |
Waran | : | Surat kebenaran yang membolehkan sesuatu pembayaran atau penerimaan wang dibuat. |
Waris | : | Orang yang akan mewarisi harta pusaka si mati. |
Wasi | : | Orang yang dilantik untuk menunaikan wasiat. |
Wasiat | : | Pemberian harta, hak atau manfaat oleh seseorang kepada seseorang yang lain semasa hayatnya tanpa apa-apa balasan dan berkuatkuasa selepas kematiannya. Harta yang hendak diwasiatkan hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada keseluruhan harta si mati. |
Wisayah | : | Pemberian amanah kepada seseorang (wasi) untuk melakukan atau melaksanakan pengurusan harta amanah seperti wasiat dan hibah. |
Wafqi | : | Hasil dari pembahagi yang sama pada bilangan tawafuq. Misalnya perbandingan 4:6 adalah tawafuq-bin-nishfi (sama dapat dibahagi dengan angka dua.) wafqi 4 = 2 dan wafqi 6 = 3. |
Wala?' | : | Pertolongan, pemilikan, perwalian, kerabat. 'ataqah = kekerabatan menurut hukum yang diperoleh kerana membebaskan budak, Islam = kekerabatan yang diperoleh kerana telah berjasa mengIslam-kan seseorang. muwalah = kekerabatan menurut hukum yang diperoleh kerana adanya perjanjian sumpah setia. |
Walad (jama'nya aulad) | : | Anak. |
Zawil Arham | : | Waris yang mempunyai hubungan darah dengan si mati selain daripada waris ashab al-furud dan 'asabah sama ada lelaki atau perempuan, seorang atau ramai. |
Qabul | : | Penyataan persetujuan oleh pihak kedua yang menunjukkan dia redha terhadap sesuatu kontrak. Contohnya dalam jual beli pembeli berkata ?saya beli?. Selain itu, qabul juga boleh dilakukan dalam bentuk lain, seperti pembayaran wang, penerimaan produk, bertulis atau secara isyarat. |
Qard | : | Pinjaman. Pinjaman biasanya berlaku ke atas subjek/harta berbentuk mithli (serupa). |
Qiyas | : | Penetapan hukum yang dibuat dengan membandingkan keadaan sesuatu hal dengan hukum dasar yang terdapat dalam Quran dan hadith atau menyamakan hukum asal yang ada nas dengan perkara baru yang tiada nas tetapi mempunyai ?illah yang sama. Qias merupakan asas kepada ijtihad. Ia dianggap sebagai sumber perundangan yang banyak memberi sumbangan dalam menyelesaikan isu-isu baru yang belum dibahaskan. |
Qimar | : | Judi. |
Al-Radd | : | Mengembalikan atau memberikan lebihan harta pusaka kepada waris ashab al-furud mengikut nisbah kadar fardu masing-masing ketika tiada waris 'asabah. |
Al-Rahn | : | Proses menyerahkan harta sebagai cagaran untuk mendapatkan hutang; Gadai. |
Radiyallahu 'ahhu/m (r.a.) | : | Pujian untuk mendoakan "semoga Allah meredhai padanya/mereka". |
Rahimahu/mu-llahu | : | Pujian untuk mendoakan orang, biasanya yang telah meninggal. "semoga Allah merahmatinya/mereka" |
Fasid | : | Rosak |
Raj'ie (talaq -) | : | Talak yang masih dapat diruju' kembali selama isteri menjalankan iddah. |
Ruju' | : | Kembali. |
Saham | : | Sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh syarikat sebagai alat pemilikan. Pemegang saham adalah pemilik syarikat. Pemilikan ini dilambangkan melalui sijil saham yang dicatatkan nama pemegang saham. |
Sedekah | : | Pemberian sesuatu kepada mana-mana pihak dengan tujuan untuk mendapatkan pahala dan keredaan Allah SWT semata-mata. |
Spekulasi | : | Perihal (perbuatan) membeli dan menjual sesuatu (saham dan lain-lain) dengan harapan untuk mendapat keuntungan besar tetapi menghadapi risiko. |
Spekulator | : | Orang yang membuat spekulasi (dalam pasaran saham dan sebagainya) dengan harapan dapat membuat keuntungan walaupun terpaksa menghadapi risiko. |
Sukuk | : | Dokumen kewangan yang nilainya disandarkan pada harta. |
Syarikah/Syirkah | : | Musyarakah. |
Shart Jaza'i | : | Ta'widh. |
Salaf | : | Kuna. |
Shamma' | : | Masalah pembahagian harta pusaka yang nisbah (perbandingan) adadurruus dengan saham setiap kelompok ahli waris adalah tabayun. Misalnya, antara lain seorang meninggal dunia meninggalkan ahli waris yang terdiri daripada 2 orang nenek shahihah, 3 orang saudara seibu dan 5 orang bapa saudara ('amm). |
Sharih | : | Jelas. |
Shighat | : | Bentuk kata. |
Shilah | : | Hubungan. syar'iyah = hubungan agama, ikatan keagamaan. |
Shulhu | : | Perdamaian. |
Syarhu | : | Huraian yang luas terhadap sesuatu masalah, memperjelaskan. |
Syaqiq | : | Kandung. |
Syuraihiyah | : | Masalah pembahagian harta pusaka yang ahli warisnya terdiri daripada suami, ibu, 2 orang saudara sekandung atau sebapa dan 2 orang saudari seibu. |
Sunnah | : | Hadits, hukum = lebih baik perbuatan itu dikerjakan daripada ditinggalkan. Ertinya, jika dikerjakan, orang yang mengerjakan akan mendapat pahala, jika meninggalkan, dia tidak diseksa kerana meninggalkannya. |
Ta'min | : | Insurans. |
Ta'wid | : | Jumlah bayaran yang telah dipersetujui oleh pihak yang berakad sebagai ganti rugi yang layak dituntut oleh pemiutang apabila penghutang gagal atau lewat melaksanakan obligasinya untuk membayar balik hutang. |
Ta'wil | : | Tafsiran. Usaha untuk menerangkan kehendak syarak daripada sesuatu lafaz (dalil) tanpa terikat kepada pengertian dalil tersebut. Sebaliknya maksud lain yang tersirat akan diterima pakai sekiranya disokong kuat oleh dalil lain yang menjelaskan bahawa syarak mengkehendaki maksud tersebut. |
Tabarru' | : | Pemberian hak milik atau manfaat kepada mana-mana pihak secara percuma tanpa ada balasan dengan niat membuat kebaikan. |
Takaful | : | Suatu skim yang berdasarkan prinsip ta`awun, jaminmenjamin atau bantuan bersama. Ia memberikan perlindungan bersama aset dan harta serta menawarkan perkongsian risiko bersama sekiranya salah seorang ahlinya mengalami kerugian. |
Taklif | : | Kewajipan (tanggungan, hukum dan sebagainya) syariat yang dikenakan pada seseorang. |
Talfiq | : | Mengemukakan sesuatu pendekatan yang tidak pernah diperkatakan oleh mujtahid silam. Manhaj ini mengabungkan dua pandangan mazhab atau lebih dan menghasilkan pendapat lain yang tidak pernah diperkatakan oleh mujtahid terdahulu. |
Tamwil al-Dayn | : | Pembiayaan hutang. |
Tanazul | : | Pengguguran tuntutan hak. |
Taqabud | : | Serah-menyerah pertukaran daripada kedua-dua belah pihak iaitu penjual dan pembeli. Qabul |
Taqlid | : | Mengikut pandangan seseorang atau mazhab tertentu tanpa mengetahui dalilnya. |
Tarikah | : | Harta pusaka. Sesuatu yang ditinggalkan si mati termasuklah harta benda, hak- hak kebendaan dan hak- hak yang mempunyai unsur kebendaan ke atas hak- hak persendirian. |
Taswiq | : | Pemasaran. |
Thabit | : | Sudah tetap, nyata, pasti, sah, terang, jelas. |
Thaman | : | Harga. |
Thaman al-Mithl | : | Harga pasaran. |
Transaksi | : | Penyelesaian pembayaran dalam perniagaan (perdagangan). Persetujuan jual beli, urusan jual beli (perdagangan), urusniaga. |
Tabayun (mutabayanah) | : | Perbandingan dua buah angka atau lebih yang saling berbeza yang setiap angka tidak dapat dibahagikan dengan angka lain, selain angka satu seperti 2:3 dan 3:4:5. |
Tabanny | : | Pengangkatan anak, adopsi. |
Tabyin | : | Penjelasan. |
Tabarru' | : | Pemberian hak milik atau manfaat kepada mana-mana pihak secara percuma tanpa ada balasan dengan niat membuat kebaikan. |
Tadakhul | : | Perbandingan dua buah angka atau lebih dimana angka yang terbesar dapat dibahagi dengan angka yang terkecil seperti 2:6 atau 4:8. |
Tajhiz | : | Dana-dana yang diperlukan untuk merawat si mati sejak dari memandikan sampai menguburkannya. |
Takharuj | : | Perjanjian yang diadakan oleh para ahli waris untuk mengundurkan salah seorang ahli waris dalam menerima pembahagian harta pusaka dengan suatu syarat tertentu. |
Ta'shib | : | Mempusakai dengan jalan menerima sisa ('ushubah). |
Takhshish | : | Mengkhususkan keumum dalil/nas yang masih bersifat umum. |
Tamataul | : | Perbandingan dua buah angka atau lebih yang masing-masing sama besarnya. |
Taqarrub | : | Mendekatkan diri kepada Allah. |
Taqdir | : | Ketentuan, kepastian, y = perkiraan. |
Tarjih | : | Pilihan. bil-jihat = pilihan berdasarkan jurusan kekerabatan. bid-darajah = pilihan bedasarkan dekatnya darjat kekerabatan. biquwatil-qarabah = pilihan berdasarkan kuatnya kekerabatan. |
Tasabbab | : | Tidak langsung. |
Tasarruf | : | Melaksanakan. |
Tashhihul-masalah | : | Menetapkan sesuatu asal masalah yang sekecil-kecilnya bagi saham-saham kelompok ahli waris yang dapat dibahagikan kepada perseorangan ahli waris tanpa angka pecahan. |
Tawafuq | : | Perbandingan dua buah angka atau lebih yang masing-masing dapat dibahagikan dengan angka yang sama. Misalnya, 4:6 dan 6:8. |
Tawahub | : | Perjanjian saling hibah-menghibahkan. |
Tawaquf | : | Dibekukan. |
'Umum al-Balwa | : | Kerumitan meluas yang berlaku dalam masyarakat yang sukar untuk dielakkan. |
Akhun | : | Saudara. syaqiq = saudara seibu sebapa. li ab = saudara sebapa. li umm = saudara seibu. li abawain = saudara seibu sebapa. Akhawat = saudari-saudari. |
Ammah | : | Saudara perempuan seibu sebapa dengan bapa. |
Ammu/n | : | Saudara lelaki seibu sebapa dengan bapa; abin = bapa saudara kepada ayah. ummin = bapa saudara kepada ibu. |
Anshar | : | Orang-orang Madinah yang memberikan pertolongan kepada orang-orang mujahirin. |
Asal (ashl) masalah | : | Angka paling kecil yang terbit daripada gabungan beberapa fardhu waris-waris yang
angka paling kecil yang terbit daripada gabungan beberapa fardhu waris-waris yang menerima harta pusaka dengan hasil nombor bulat tanpa pecahan atau perpuluhan.
|
'Asabah | : | Para ahli waris yang menerima sisa peninggalan dari ashabul furud. |
Ashabul furud | : | Ahli waris yang memiliki bahagian yang sudah pasti besar kecilnya. |
Ashib | : | Mufrad dari 'asabah |
Asir | : | Orang yang tertawan |
Asyriyah Zaid | : | Ialah masalah pembahagian harta pusaka yang ahli warisnya terdiri daripada datuk shahih, seorang saudara seibu sebapa dan seorang saudara sebapa. |
Ataqah (maulal) | : | Tuan yang memerdekakan budak. |
Atiq | : | Budak |
Atha' | : | Pemberian. |
Athaf (huruf) | : | Kata penghubung. |
Atsar | : | Hadits, khabar |
Aulad | : | Anak-anak si mati. |
Bay' | : | Kontrak jual beli; pertukaran harta dengan harta dengan syarat-syarat tertentu. |
Baitulmal | : | Institusi yang menerima dan mengurus kewangan dari pelbagai sumber harta secara terkumpul oleh negara Islam seperti zakat, harta wakaf, cukai dan lain-lain untuk kepentingan umat. |
Bon | : | Instrumen hutang yang diterbitkan oleh pihak kerajaan atau swasta bagi tujuan mendapatkan modal dengan cara berhutang dan mempunyai tempoh matang tertentu. Di akhir tempoh matang, pihak yang menerbitkan bon akan membayar jumlah asal yang dipinjam beserta dengan faedah (kupon). |
Bain | : | Jelas. thalaq - = talak yang tidak dapat diruju' kembali di waktu 'iddah berjalan. |
Bayyinah | : | Bukti. |
Bakhilah | : | Masalah pembahagian harta pusaka yang ahli warisnya terdiri daripada isteri, ibu, bapa dan 2 orang anak perempuan atau isteri, ibu, bapa dan 2 orang cucu perempuan daripada anak lelaki. |
Banat | : | Anak-anak perempuan. |
Bani | : | Anak-keturnunan. a'yan = saudara-saudara dan saudari-saudari sekandung. allat = saudara-saudara dan saudari-saudari sebapa. Anak-anak seorang lelaki yang lahir daripada beberapa orang ibu. akhyaf = saudara-saudara dan saudari seibu; anak-anak seorang perempuan yang lahir daripada beberapa orang bapa. |
Bint/un | : | Anak perempuan. |
Cagaran | : | Menyerahkan sesuatu barang untuk dijadikan gadaian apabila membuat pinjaman atau berhutang daripada pemiutang. |
Dalil | : | Bukti, hujah, tanda. |
Darar | : | Kemudaratan. |
Dayn | : | Hutang. Segala jenis tanggungan yang ditanggung oleh seseorang berupa harta yang wajib dibayar. |
Da' wa ta'ajjal | : | Tindakan pemiutang menggugurkan sebahagian daripada hutangnya apabila penghutang melunaskan |
Daman | : | Ganti rugi. |
Dinar | : | Kepingan atau mata wang emas. |
Dirham | : | Kepingan atau mata wang perak. |
Daribah | : | Cukai. Nilai wang atau harta yang dipungut berdasarkan taksiran yang dikenakan oleh pemerintah untuk perbelanjaan negara. Contohnya cukai jalan, cukai pendapatan individu dan cukai korporat. |
Darurah | : | Perihal terpaksa atau terdesak melibatkan keadaan yang genting. Contohnya ketiadaan pembiayaan secara Islam bagi sesuatu perusahaan yang diharuskan menyebabkan perlunya pembiayaan secara konvensional. |
Dain | : | Hutang, jama'nya duyun. ainiyah = hutang yang bersangkutan dengan ujud harta peninggalan. ul-ibad = hutang sesama manusia. ul-lah = hutang kepada Allah. ul-maradh = hutang di waktu sakit atau dianggap sakit. ul-mutlaqah = hutang yang tidak bersangkutan dengan ujud harta peninggalan. us-shihah = hutang di waktu sihat. |
Dalalah | : | Penunjukkan |
Dhamir | : | Kata ganti. |
Diyah | : | Denda. wajibah = denda yang wajib. |
Dinariyah-kubra | : | Masalah pembahagian harta pusaka yang ahli warisnya terdiri daripada isteri, 2 orang anak perempuan, ibu, 12 orang saudara sebapa dan saudari sebapa. sughra = masalah pembahagian harta pusaka yang ahli warisnya terdiri daripada 2 orang nenek shahihah, 3 orang isteri, 4 orang saudari seibu dan 8 orang saudari kandung/sebapa. sughra-sughra = masalah pembahagian harta pusaka yang ahli warisnya terdiri daripada 4 orang saudari kandung dan 2 orang saudari seibu. |
Dzawi/i-furud (-s-siham) | : | Ashabul-furud. i-arham = para ahli waris yang tidak termasuk ashabul-furudh dan 'asabah. |
Dzimmy | : | Orang bukan Islam yang menetap di Negara Islam untuk waktu yang tidak terbatas. |
Faedah | : | Bunga atau riba. Ia adalah tambahan yang dikenakan dalam transaksi pinjaman. |
Fakir | : | Orang yang tidak memiliki harta dan pendapatan. Fakir adalah salah satu daripada asnaf yang layak untuk menerima zakat. |
Faraid | : | Ilmu pengetahuan atau hukum tentang pembahagian harta pusaka mengikut hukum syarak yang menetapkan bahagian-bahagian tertentu kepada waris-waris. |
Fardu | : | 1. Kewajipan; seperti kewajipan menunaikan solat, puasa, zakat dan seumpamanya. 2. Hak yang ditetapkan dalam ilmu faraid; seperti 1/2, 1/4, 1/8, 1/3, 2/3 dan 1/6. |
Fasid | : | Rosak, tidak sah atau batal. |
Fasiq | : | Orang yang berterusan melakukan dosa. |
Fiqh | : | Ilmu yang berkaitan dengan hukum amali syarak berdasarkan dalil-dalil secara terperinci. Perbahasannya merangkumi, ibadat, munakahat, muamalat, jinayat, jihad dan kehakiman. |
Fiqh al-Mu'amalat | : | Satu disiplin ilmu yang membahaskan hukum berkenaan urusan hidup manusia yang berkait dengan kegiatan harian dalam semua bidang, atau kegiatan akad, iltizam, dan tasarruf, yang membawa kesan pertukaran hak milik barangan atau wang untuk mendapat manfaat bersama berdasarkan kerelaan dan kepuasan. |
Fulus | : | Duit syiling. |
Fuqaha' | : | Pakar-pakar dalam bidang fiqh. |
Fai' | : | Harta benda/kekayaan Negara yang diperoleh dari bukan Islam dengan jalan menarik pajak, bea dan mengurus harta orang murtad. |
Fardu (jama'nya furud) | : | Bahagian yang sudah pasti besar kecilnya. |
Faradhiyun, farradhun, Faridhun, firridhun | : | Ulama ahli faraid. |
Far'u | : | Cabang, keturunan. mayyit = keturunan si mati. waris = keturunan si mati yang berhat mewarisi. waris muannats = ahli waris perempuan yang berhak mewarisi, seperti anak perempuan dan cucu perempuan daripada anak lelaki. waris mudzakkar = far'u = waris lelaki, seperti anak lelaki dan cucu lelaki daripada anak lelaki. ghairu warits = ahli waris si mati yang tidak berhak mempusakai, seperti cucu perempuan daripada anak perempuan dan cucu lelaki daripada anak perempuan. |
Fidyah | : | Wang tebusan |
Fikrah | : | Daya berfikir, pemikiran |
Firasy | : | Selimut |
Ghabn | : | Penipuan. Perbezaan di antara harga jualan/belian dengan harga sebenar di pasaran. |
Ghabn al-Fahisy | : | Penipuan yang melampau. |
Ghabn al-Yasir | : | Penipuan yang tidak melampau. |
Ghalat | : | Kesilapan dalam membuat tanggapan terhadap sesuatu perkara. Mengikut teori akad dalam |
Gharar | : | Ketidakpastian dalam sesuatu 'aqd atau kontrak. |
Gharim | : | Orang yang berhutang. |
Ghasb | : | Mengambil sesuatu secara kekerasan. |
Ghisy | : | Penipuan atau kecurangan. Perbuatan yang disengajakan untuk menimbulkan kerugian dan penganiayaan pada pihak lain, contohnya perbuatan seseorang yang memalsukan, menyembunyikan atau menghilangkan bukti yang penting. |
Ghulul | : | Khianat. Perbuatan jahat yang bertujuan menganiaya atau mendatangkan kecelakaan kepada orang lain. |
Ghaib | : | Tidak ada, hilang. |
Ghair | : | Selain, bukan. shahih = tidak dapat mempusakai dengan fardu atau 'ushubah. waris = tidak berhak mempusakai. |
Gharra' | : | Masalah pembahagian harta pusaka yang ahli warisnya terdiri daripada suami, 2 orang saudari seibu dan 2 orang saudari kandung. |
Gharawain, gharibatain, Umariyatain | : | Masalah pembahagian harta pusaka yang ahli warisnya terdiri daripada suami, ibu dan bapa atau iisteri, ibu dan bapa. |
Ghumu (al) bil-ghummi | : | Setiap kerugian itu harus dibayar dengan ganti rugi. (keuntungan) |
Hadiah | : | Pemberian sukarela yang bermotifkan kebajikan atau mengeratkan silaturrahim. |
Hajb | : | Tegahan atau halangan seseorang waris tertentu yang telah mencukupi sebab-sebab dan syarat-syarat pewarisan daripada mendapat harta pusaka sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, kerana ada waris lain yang lebih berhak terhadap harta pusaka itu. |
Hajb al-Hirman | : | Halangan seseorang waris daripada mendapat harta pusaka secara mutlak. Hajb al-Hirman terbahagi kepada dua bahagian: i) hajb al-Hirman al-Mu'aqqat seperti datuk dihalang oleh bapa daripada mendapat harta pusaka cucunya. ii) hajb al-Hirman al-Mu'abbad seperti pembunuh tidak akan mewarisi harta orang yang dibunuhnya. |
Hajb al-Nuqsan | : | Halangan yang boleh mengurangkan bahagian waris daripada mendapat bahagian (saham) yang lebih banyak kepada yang lebih sedikit kerana ada waris lain, seperti bahagian suami boleh berubah dari 1/2 kepada 1/4 kerana ada anak lelaki atau anak perempuan kepada si mati (isteri). |
Hak milik sempurna | : | Pemilik menguasai penuh fizikal dan manfaat barang yang dimilikinya dan dia bebas menggunakan dan mengurusnya tanpa ada sebarang halangan daripada pihak lain seperti menjual dan menyewa. |
Hak milik tidak sempurna | : | Pemilik hanya menguasai fizikal atau manfaat barang itu sahaja, (pemilik yang menyewakan rumahnya maka dalam kes ini pemilik rumah dianggap pemilik tidak sempurna kerana manfaat rumah itu dimiliki oleh penyewa). |
Haqq Mali | : | Hak berbentuk harta, misalnya haqq dayn (hak hutang) dan haqq tamalluk (hak pemilikan). |
Halal | : | Sesuatu yang dibenarkan atau dibolehkan oleh hukum syarak. |
Hamish al-jiddiyah | : | Jumlah bayaran yang dikemukakan oleh pihak pemohon atau pembeli kepada pihak penjual berdasarkan permintaan bayaran daripada pihak penjual yang memastikan kesungguhan pemohon atau pembeli dalam sesuatu urusniaga jual beli. |
Haram | : | Sesuatu yang ditegah dan dilarang oleh syarak. |
Harta | : | Segala sesuatu yang ditinggalkan. harta warisan (harta peninggalan si mati) |
Harta alih | : | Harta yang boleh dipindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain seperti mata wang, barang-barangan dan binatang. |
Harta tak alih | : | Harta yang tidak boleh dipindahkan seperti tanah dan bangunan. |
Hawl | : | Genap masa satu tahun hijri (untuk membayar zakat). |
Hibah | : | Pemberian sukarela semasa hidup. |
Hibah al-'Umra | : | Suatu pemberian yang bersifat sementara yang merujuk kepada hayat salah seorang sama ada pemberi hibah atau penerima hibah. Sekiranya penerima hibah meninggal dunia, harta hibah akan kembali kepada pemberi hibah. Sebaliknya jika pemberi hibah meninggal dunia, harta hibah akan kembali kepada waris pemberi hibah. |
Hibah al-Ruqba | : | Suatu pemberian bersyarat yang ditentukan oleh pemberi hibah di mana harta hibah akan menjadi milik penerima hibah sekiranya pemberi hibah meninggal dunia. Tetapi jika penerima hibah meninggal dunia sebelum pemberi hibah, harta hibah akan kembali kepada pemberi hibah. |
Hilah | : | Sebarang cara/kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat tertentu. Terdapat hilah yang dibenarkan selain hilah yang diharamkan. |
Hiwalah | : | Pemindahan hak atau hutang daripada tanggungan kepada tanggungan yang lain (dengan persetujuan semua pihak). |
Had | : | Hukuman |
Hadits | : | Sabda, perbuatan dan ikrar Rasulullah s.a.w. |
Hajib | : | Ahli waris yang menutup ahli waris lain untuk menerima pusaka. |
Hijab | : | Tutup. hirman = menutup rapat ahli waris, hingga tidak dapat menerima (dihalangi) pusaka. muqshan = menutup sebahagian bahagian ahli waris. bis-syakhshi = hijab hirman. bil-washfi = terhalang mempusakai kerana melakukan pembunuhan, menjadi murtad, berlainan agama. |
Harby | : | Orang-orang bukan Islam. |
Hawasyi | : | Cabang keturunan sisi si mati (adik-beradik si mati, anak kepada adik-beradik si mati) |
Hasyiyah | : | Tafsiran/penjelasani kata-kata yang terdapat dalam suatu kitab. |
Hayyiz | : | Wadah, kelompok, pihak. |
Hujjah | : | Alasan, perbalahan. |
Ibra' | : | Rebat. Potongan daripada sejumlah bayaran yang dikenakan atau pemulangan sebahagian daripada amaun yang telah dibuat sebagai bayaran. |
Ihtikar | : | Tindakan memonopoli barangan keperluan umum. |
Ijab | : | Pernyataan pihak pertama dalam sesuatu akad yang menunjukkan kehendaknya untuk berkontrak; tawaran. |
Ijarah | : | Kontrak sewa menyewa dan upah. |
Ijmak | : | Persepakatan mujtahid di kalangan umat Islam terhadap sesuatu hukum pada sesuatu zaman selepas kewafatan Rasulullah SAW. |
Ijtihad | : | Menggunakan keupayaan yang maksimum untuk mendapatkan hukum-hukum syarak yang amali melalui penggunaan sumber- sumber syarak yang diiktiraf oleh orang yang layak (mujtahid). |
Insurans | : | Merupakan suatu sistem yang berlandaskan perjanjian antara sekumpulan manusia yang sama-sama bersetuju mengikut sistem ini, memikul apa jua beban bencana yang menimpa salah seorang daripada mereka dan berkongsi menyumbangkan wang bagi mengatasi bencana ataupun membayar pampasan kerana ditimpa sesuatu bencana. |
Iqta' | : | Apa yang diberikan oleh pemerintah dalam bentuk hartanah. Pemberian tersebut sama ada dalam bentuk hak milik atau hak menggunakan manfaat hartanah tersebut. |
Istihsan | : | Salah satu cara menetapkan hukum yang mempunyai dalil atas sesuatu perkara dengan mengambil hukum lain yang lebih kukuh dan lebih kuat daripada hukum pertama, berasaskan dalil syarak yang membolehkan tindakan sedemikian. |
Istiqra' | : | Penelitian secara menyeluruh dan mendalam terhadap sesuatu perkara sebelum memberikan sesuatu kesimpulan hukum terhadap perkara tersebut. |
Istishab | : | Pengekalan hukum yang terdahulu selagi belum terdapat dalil lain yang boleh mengubah hukum tersebut. |
Istithna' | : | Pengecualian terhadap sesuatu perkara. |
Itlaf | : | Kerosakan, kebinasaan atau kemusnahan. |
'lllah | : | Sebab, alasan, asas hukum. |
'Iwad | : | Tukaran dalam jual beli atau sebarang kontrak lain. |
Ijtima' | : | Perpaduan |
Ikhthiyat | : | Hati-hati, mencegah |