Soalan Lazim
Glossari
Apakah proses yang terlibat dalam permohonan sjil faraid?
Proses kerja yang terlibat ialah:
i) Mengemukakan permohonan. ii) Terima permohonan. iii) Semak. iv) Jika lengkap terima dan daftar. v) Siasatan waris dijalankan pada hari pendaftaran atau pada hari lain yang ditetapkan. vi) Apabila siasatan selesai, pengiraan dibuat. vii) Dapatkan sijil dalam masa 5 hari selepas siasatan ahli waris selesai. viii) Pemberitahuan akan diberi tahu pada hari siasatan selesai.
Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan sijil faraid di Mahkamah Syariah?
Dokumen yang diperlukan ialah:
i) Borang permohonan yang lengkap. ii) Salinan sijil mati si mati atau surat akuan. iii) Salinan kad pengenalan waris-waris/sijil kelahiran atau surat akuan. iv) Salinan geran harta/buku akuan/penyata. v) Sijil nilaian harta jika ada. vi) Wang proses mengikut nilai penuh harta pusaka (RM30.00/RM20.00/RM10.00)
Apakah Kes Faraid
Kes Faraid ialah kes yang didaftarkan untuk menyelesaikan masalah pembahagian harta pesaka yang ditinggalkan oleh seseorang setelah berlaku kematiannya. Harta pusaka (faraid) terbahagi kepada dua :
a) Harta tak alih seperti tanah dan rumah b) Harta alih adalah seperti wang simpanan bank, saham-saham, KWSP, Tabung Haji, Insuran, Koperasi, kenderaan, barang-barang kemas dan seumpamanya.
Apakah asas yang dipertimbangkan oleh Mahkamah untuk membolehkan seseorang menerima pusaka atas sebab perkahwinan?
Antara asas-asas yang dipertimbangkan ialah :
i) Sama ada perkahwinan itu sah atau tidak mengikut Hukum Syarak. ii) Sama ada kematian berlaku sebelum atau selepas akad nikah. iii) Adakah pasangan pernah bersama atau tidak. iv) Adakah harta tersebut milik si mati atau tidak? v) Sekiranya bercerai hidup, adakah dalam eddah talak rajie
Apakah status penama terhadap harta si mati?
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tahun 1973 telah memberikan pendapatnya dalam Mesyuarat Raja-raja pada 20 September 1973 dan bersetuju bahawa penama-penama KWSP, wang simpanan pejabat pos, bank, insuran, dan syarikat kerjasama adalah sebagai orang-orang yang melaksanakan wasiat si mati atau wasi. Mereka boleh menerima wang si mati dari sumber-sumber tersebut untuk dibahagikan kepada orang yang berhak mengikut faraid.
Apakah yang dimaksudkan dengan Cerai Takliq dan bagaimana sabitan Takliq boleh berlaku?
Ta'liq ertinya perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut Hukum Syarak dan sepertimana diperuntukan dalam Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri. Cerai takliq boleh disabitkan apabila berlaku pelanggaran ke atas takliq dan setelah aduan dibuat serta disahkan oleh Mahkamah.
Soalan : Bilakah seseorang suami itu boleh dianggap mati?
Anggapan mati ialah apabila suami seorang perempuan telah mati atau dipercayai telah mati atau telah tidak didapati apa-apa perkhabaran mengenainya selama tempoh 4 tahun atau lebih. Apabila keadaan itu berterusan dan perempuan itu hendak berkahwin lain, hendaklah terlebih dahulu mendapat pengisytiharan anggapan kematian daripada Mahkamah Syariah